Tuesday, September 14, 2010













Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarokatuh.Semoga kita sentiasa berada di dalam keredhoan Allah Subhanahu wata'ala.

Salam Hormat dari kami.

GERAK SEMARAK SATU MALAYSIA (semarak satu mal)     telah diasaskan penubuhan nya pada tahun 2010 bagi membantu usaha Kerajaan membimbing  masyarakat terutama golongan belia  agar  berdaya maju,  dinamik serta berwawasan menjelang Tahun 2020.    Badan ini seterusnya   bertindak  menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan menerusi kempen bergerak disamping membuka peluang perniagaan kepada usahawan bumiputra dan peluang pekerjaan kepada penganggur terutama siswa/siswazah.  Di samping itu . pihak kami juga memberi khidmat bantu selia (  koordinator ) kepada ahli gabungannya dengan   merencana pelbagai aktiviti pembangunan  ekonomi dan  sosial dengan kerjasama  pihak  Kementerian, Jabatan, Kerajaan  Negeri serta  Badan NGO yang lain.

GERAK SEMARAK    dari masa kemasa  merencana seterusnya melaksana berberapa program pembangunan sosial menerusi program dan pembangunan ekonomi ahli dengan mengadakan talian terus (Direct Link) dengan  golongan sasaran iaitu Menteri, Kementerian, Jabatan dan Kerajaan Negeri bagi mendapatkan maklumat dan sokongan secara langsung iaitu menerusi Lawatan Kerja, Kempen, Seminar dsb.   

VISI  & MISI

i)       Merencana pelbagai aktiviti kemasyarakatan berkonsep Kempen kesedaran kepada rakyat.

ii)      Membuka peluang pekerjaan & keusahawanan kepada golongan bumiputra.

iii)     Perhubungan luar Negara untuk pemasaran produk ( impot & ekspot )

iv)    Membuka  keahlian bersama bergerak   menjana ekonomi dan  membantu masyarakat.

Demi memenuhi Visi tersebut kami menjemput tuan/puan untuk bersama kami sebagai Ahli Gerak Semarak dan  menjana pendapatan serta bergiat didalam aktiviti kemasyarakatan yang telah kami rancangkan. HUBUNGI KAMI.

YM RAJA SHAMSUDDIN RAJA MAHMOD
Pa’ Engku
Pengasas