Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarokatuh.Semoga kita sentiasa berada di dalam keredhoan Allah Subhanahu wata'ala.
Salam Hormat dari kami.
GERAK SEMARAK SATU MALAYSIA (semarak satu mal) telah diasaskan penubuhan nya pada tahun 2010 bagi membantu usaha Kerajaan membimbing masyarakat terutama golongan belia agar berdaya maju, dinamik serta berwawasan menjelang Tahun 2020. Badan ini seterusnya bertindak menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan menerusi kempen bergerak disamping membuka peluang perniagaan kepada usahawan bumiputra dan peluang pekerjaan kepada penganggur terutama siswa/siswazah. Di samping itu . pihak kami juga memberi khidmat bantu selia ( koordinator ) kepada ahli gabungannya dengan merencana pelbagai aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial dengan kerjasama pihak Kementerian, Jabatan, Kerajaan Negeri serta Badan NGO yang lain.
GERAK SEMARAK dari masa kemasa merencana seterusnya melaksana berberapa program pembangunan sosial menerusi program dan pembangunan ekonomi ahli dengan mengadakan talian terus (Direct Link) dengan golongan sasaran iaitu Menteri, Kementerian, Jabatan dan Kerajaan Negeri bagi mendapatkan maklumat dan sokongan secara langsung iaitu menerusi Lawatan Kerja, Kempen, Seminar dsb.
VISI & MISI
i) Merencana pelbagai aktiviti kemasyarakatan berkonsep Kempen kesedaran kepada rakyat.
ii) Membuka peluang pekerjaan & keusahawanan kepada golongan bumiputra.
iii) Perhubungan luar Negara untuk pemasaran produk ( impot & ekspot )
iv) Membuka keahlian bersama bergerak menjana ekonomi dan membantu masyarakat.
Demi memenuhi Visi tersebut kami menjemput tuan/puan untuk bersama kami sebagai Ahli Gerak Semarak dan menjana pendapatan serta bergiat didalam aktiviti kemasyarakatan yang telah kami rancangkan. HUBUNGI KAMI.
YM RAJA SHAMSUDDIN RAJA MAHMOD
Pa’ Engku
Pengasas